SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA BERKENAAN ISO
Apa itu ISO?
Apa hubungan ISO 9000 dan Kualiti?
Apa hubungan ISO dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?
Apa Faedah-faedah ISO 9000?
Pelaksanaan ISO 9000 akan memberi faeah kepada organisasi termasuk:
1. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah.
2. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah yang perlu diambil.
3. Memberi keadah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja.
4. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang.
5. Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan setiap kali (right the first and everytime)
6. Membolehkan organisasi membuktikan kepada pihak yang membuat penilaian bahawa perkhidmatan yang diberi dan sistem yang diguna adalah terkawal.
7. Membolehkan organisasi membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting,
Apa ISO 9001:2000?
Piawai ini menumpukan kepada pengursuan proses penyampaian perkhidmatan yang terkawal, cekap dan berkesan serta sentiasa ditambahbaiki untuk memenuhi kehendak dan memuaskan hati pelanggan.
Apabila menggunakan Sistem Pengurusan Kualiti ini, hendaklah disedari akan kepentingan:
1. Memahami dan memenuhi keperluan pelanggan dan ISO;
2. Proses sentiasa diberi nilai tambah (added value);
3. Prestasi proses adalah terkawal, cekap dan berkesan dan
4. Sistem sentiasa ditambaiki berasaskan pencapaian objektif.
MS adalah singkatan Malaysian Standard atau Piawai Malaysia.
Apa Skop ISO Pejabat Pendaftar?
Skop ISO Pejabat Pendaftar adalah pengurusan penyampaian perkhidmatan di Pejabat Pendaftar. Ini bermaksud semua jenis penawaran dan pemberian perkhidmatan di Pejabat Pendaftar dilaksanakan secara berkualiti untuk memenuhi keperluan dan memuaskan hati pelanggan.
Skop Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Pendaftar:
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DALAM PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN STAF, PENGURUSAN PELAJAR,
PENGURUSAN ARKIB DAN MUZIUM, KEURUSETIAAN LPU DAN PENGENDALIAN KEMUDAHAN ASAS UiTM DI
PEJABAT PENDAFTAR UiTM SHAH ALAM
Apa matlamat ISO Pejabat Pendaftar?
Pelaksanaan ISO Pejabat Pendaftar adalah operasi untuk mencapai Objektif Kualiti berasaskan Dasar Kualiti iaitu Komitment kepada budaya kerja yang cekap dan berkesan melalui penambahbaikan berterusan untuk memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan.















